🌿 Selamat Datang ke Damiafrotec

Terima kasih kerana mengunjungi laman web Damiafrotec. Kami berkongsi artikel pendidikan kesihatan, Pelbagai Protokol Dr Mohd Rosni yang bersesuaian dengan masalah kesihatan anda, testimoni pengguna serta maklumat berkaitan Homeonaturopati Prof Madya (B) Dr Mohd Rosni.

Semoga setiap perkongsian di laman ini memberi manfaat dan ibrah kepada anda dan keluarga.

💬 Perlukan Konsultasi? WhatsApp Kami

Sunday, September 30, 2018

PROTOKOL HOMEONATUROPATI DR MOHD ROSNI UNTUK MASALAH TIROID

(Admin mengolah karya penulisan Prof Dr Mohd Rosni, sifu dan pengasas pusat terapi dsakinah HTC dengan keizinan si pengarang asal. Karya ini tidak boleh diulang tulis/ cetak oleh mana-mana pengamal perubatan TCM yang lain. Bagi tujuan PERKONGSIAN ILMU, Pembaca hanya boleh menyebarkan url penuh artikel ini tanpa memetik apa-apa petikan dan diharamkan mengcopy-paste penulisan ini.)

TENTANG TIROID
Melalui hormon-hormon yang dikeluarkannya, kelenjar TIROID berperanan penting dalam mengawal proses-proses metabolik yang berlaku dalam badan manusia. Penyakit berkaitan kegagalan tiroid bermula dari sekecil-kecil masalah seperti Goiter (beguk) yang menyebabkan pembengkakan kelenjar tiroid hinggalah ke sebesar-besar masalah seperti KANSER.

Kebanyakan kes berkaitan masalah tiroid adalah disebabkan oleh pengeluaran hormon-hormon tiroid secara tidak NORMAL. Terlalu berlebihan pengeluaran hormon-hormon tiroid boleh menyebabkan penyakit dikenali sebagai HIPERTIROID. Sebaliknya terlalu kurang pengeluaran hormon-hormon tersebut pula boleh mengakibatkan masalah HIPOTIROID.

Walaupun masalah tiroid ini amat tidak menyelesakan badan, namun ianya mudah diuruskan sekiranya diagnosis awal yang tepat dan rawatan yang SESUAI diambil.

PUNCA-PUNCA MASALAH TIROID

1) HIPERTIROIDISMA
Walaupun puncanya adalah daripada hormon berlebihan tetapi ada keadaan-keadaan tertentu yang menjadikan hormon berlebihan dirembeskan antaranya:

a) Penyakit Grave: penyakit ini merangsang pengeluaran hormon tiroid berlebihan

b) Adenoma Toksik: nodul-nodul terbentuk pada kelenjar tiroid dan merembeskan hormon tiroid berlebihan

c) Tiroiditis Sub-akiut: keradangan kelenjar menyebabkan hormon tiroid berlebihan bocor dan dirembeskan keluar dari kelenjar tanpa kawalan. Boleh terjadi dalam masa beberapa minggu hinggalah berbulan bulan juga.

d) Kegagalan Fungsi Kelenjar Tiroid atau Kejadian Kanser pada Kelenjar Tiroid: walaupun jarang-jarang, namun ianya juga boleh akibatkan hipertiroid

2) HIPOTIROIDISMA

Walaupun perembesan hormon tiroid yang kurang oleh kelenjar tiroid adalah punca utama, namun begitu ada keadaan-keadaan yang menyumbangkan kepada situasi ini iaitu:

a) Hashimoto Tiroiditis: penyakit auto-keimunan yang menyebabkan antibodi badan sendiri menyerang dan membunuh tisu-tisu kelenjar tiroid seterusnya menyebabkan kegagalan penghasilan dan pengeluaran hormon hormon tiroid

b) Pembuangan Kelenjar Tiroid: melalui pembedahan ataupun musnah oleh bahan-bahan kimia tertentu yang seterusnya menyebabkan tiada pengeluaran hormon hormon tiroid

c) Terdedah kepada Iodida berlebihan: ubatan dadah tertentu untuk masalah sinus dan jantung misalnya mengandungi iodida. Pendedahan jangka masa lama pada dos yang tinggi boleh akibatkan hipotiroidisma

d) Lithium: ubatan dadah berasaskan lithium juga telah dikenalpasti boleh menyebabkan hipotiroidisma.

SIMPTOM-SIMPTOM HIPERTIROIDISMA

1. Hilang berat badan dengan tiba-tiba dan cepat. Akhirnya kurus dan cengkung
2. Jantung berdebar kencang
3. Banyak dan kerap berpeluh
4. Rasa gementar dan moody
5. Tangan terketar ketar
6. Beguk (bengkak di leher)
Boleh jadi juga tiada langsung simptom-simptom di atas.

SIMPTOM-SIMPTOM HIPOTIROIDISMA

1. Depresi
2. Pemikiran yang menjadi semakin lambat dan lembab
3. Degupan jantung semakin perlahan
4. Gangguan kitaran haid
5. Penambahan berat badan secara drastik. Menjadi gemuk.
6. Sembelit
7. Beguk/goiter

RAWATAN MODEN
Ubatan dadah untuk menstabilkan kembali hormon tiroid dalam kedua-dua kes hiper dan hipotiroid. Dan juga pelbagai rawatan lain.

CARA TAFSIR UJIAN THYROID...

✏️ Mengetahui cara mentafsir keputusan ujian darah tiroid sangat penting untuk faham sama ada anda mengalami hipotiroidisme (hormon rendah) atau hipertiroidisme (hormon tinggi).

🧪 UJIAN DARAH TIROID YANG BIASA DIBUAT:

🖍️ TSH (Thyroid Stimulating Hormone)
↪️ Dihasilkan oleh kelenjar pituitari (di otak) untuk “menyuruh” tiroid hasilkan hormon.
↪️ TSH tinggi → Badan rasa hormon tiroid kurang.
↪️ TSH rendah → Badan rasa hormon tiroid terlalu banyak.

🖍️ Free T4 (FT4)
↪️ Hormon tiroid sebenar yang aktif dalam darah. Mengawal metabolisme.

🖍️ Free T3 (FT3)
↪️ Bentuk aktif hormon tiroid. FT3 biasanya naik dalam kes hipertiroid.

📊 CARA MENTAFSIR KEPUTUSAN:

🔻 TSH rendah,🔺 FT4 / FT3 tinggi 
➡️ kemungkinan...Hipertiroidisme (aktif) 
❇️ Ringkasnya...Kelenjar terlalu aktif, hasilkan hormon berlebihan.

🔺 TSH tinggi, 🔻 FT4 rendah 
➡️ kemungkinan...Hipotiroidisme (aktif) 
❇️ Ringkasnya...Kelenjar terlalu perlahan, hormon tak cukup

🔻 TSH rendah, FT4 / FT3 normal 
➡️ kemungkinan...Hipertiroid subklinikal 
❇️ Ringkasnya...Permulaan hipertiroid, gejala mungkin ringan.

🔺 TSH tinggi, FT4 normal 
➡️ kemungkinan...Hipotiroid subklinikal 
❇️ Ringkasnya...Permulaan hipotiroid, mungkin tanpa gejala

TSH, FT4, FT3 normal 
➡️ Normal (eutiroid) 
❇️ Fungsi tiroid normal

🔍 Contoh:
♻️ Jika keputusan darah anda seperti berikut:
✔️ TSH = 0.01 (normal: 0.4 – 4.0)
✔️ FT4 = 28 (normal: 9 – 23)
✔️ FT3 = 7.0 (normal: 3.5 – 6.5)

👆 Ini menunjukkan hipertiroidisme ⏩ hormon terlalu tinggi, TSH suppressed (rendah).

🩺 Bila ujian ini dilakukan?
⏺️ Biasanya doktor akan minta ujian ini jika ada gejala seperti:👇🏼👇🏼

✅ Penurunan berat badan tanpa sebab
✅ Jantung berdebar-debar
✅ Mudah panas, berpeluh, atau lesu
✅ Masalah haid, mata, atau perubahan emosi

RAWATAN NATUROPATI KOMPLEMENTARI

☆ Berbekam

☆ Ubatan homeopati seperti DETOX DR ROSNI + NT-THYROIDISM

Rawatan dan ubatan dalam naturopati cuba merawat punca penyakit dan membantu memulihkan terus masalah samada hiper- ataupun hipotiroid dalam masa 1 hingga 6 bulan jika diamalkan secara konsisten dan dikendalikan oleh pengamal Naturopati yang berpengalaman.

Mulakan dengan SET DETOX DR ROSNI dulu selama tiga bulan baru boleh request remedi khas 

Saya kesian bila ada kawan-kawan yg sakit berkenaan tiroid saja..tetapi kena jalani macam-macam rawatan....dan kena lalui macam-macam kesusahan....bagi saya kes ini dikira SIMPLE sahaja dalam kaedah Perubatan Naturopati...bila mana nasihat konsultan diikuti dan PENAWAR TEPAT diberikan.....in sha Allah....akan PULIH...buktikan SENDIRI....bersama posting ini juga saya lampirkan 2 TESTIMONI sebagai bukti....

SAYA ULANG SEMULA DAN BUAT PENAMBAHAN MENGENAI KEJAYAAN D'SAKINAH MEMBANTU RAWAT DAN TERAPI PASIEN HIPERTIROID
BETUL KAH HIPERTIROID DAN HIPOTIROID TIADA UBAT? DAN TIDAK BOLEH SEMBUH? TIDAK PERCAYA LAH....SEBAB KAMI ADA PENYELESAIANNYA...
Penyakit ini BOLEH sembuh, dengan izinNya...mari kami KONGSIKAN.…






MAKANAN DAN PEMAKANAN UNTUK PASIEN HIPERTIROID
--------------------------------------------
KONSEP
----------------
Pasien hipertiroid mempunyai bacaan TSH yang RENDAH di bawah paras normal (Julat normal: 0.35-4.94 mlU/L) dan bacaan FT4 yang tinggi di atas paras normal (Julat normal: 9-19.0 pmol/L). Apa sahaja makanan atau nutrien yang boleh merangsang peningkatan bacaan TSH yang rendah ke paras NORMAL dan juga penurunan bacaan FT4 yang tinggi ke paras NORMAL dijangkakan akan boleh membantu memulihkan masalah hipertiroid.

Oleh itu makanan atau nutrien yang berfungsi seperti di atas adalah DIGALAKKAN untuk diambil dan diamalkan sambil membuat pemantauan paras TSH dan FT4 melalui ujian makmal.
Makanan atau nutrien yang mempunyai fungsi berlawanan iaitu menurunkan bacaan TSH dan meningkatkan lagi bacaan FT4 adalah  DILARANG untuk pasien hipertiroid.

MAKANAN DIGALAKKAN
---------------------------------------------
1. Sayuran bersifat goitrogenik seperti kubis, brokoli dan bunga kubis yang diambil dalam keadaan mentah atau dicelur atau saute sekejap didapati BERMANFAAT membantu pasien hipertiroid (dengan syarat tidak ada masalah kekurangan iodin) di bawah pemantauan ketat bacaan TSH dan FT4
2. Buahan keluarga beri seperti strawberi, blueberry etc juga didapati membantu pasien hipertiroid untuk mengurangkan simptom yang dialami.
3. Sumber protein yang bebas atau kurang IODIN seperti ikan air tawar, daging, ayam dan putih telur (Elakkan KUNING telur) ...ayam kalau diambil perlu dibuang kulitnya..elakkan daripada yang digoreng..pilih dalam bentuk masakan sup atau panggang tanpa minyak atau lemak.
4. Banyakkan meminum air kosong (3 Liter sehari)

MAKANAN PERLU DIELAKKAN
---------------------------------------------
1. Segala jenis makanan LAUT seperti udang, sotong dan kekerang.
2. Garam beriodin. Pilih garam yang TIDAK ditambah iodin seperti garam bukit dalam masakan harian.
3. Segala jenis makanan yang biasa menyebabkan alergi atau alahan kepada diri pasien. Sekiranya pasien alergik kepada udang dan sotong misalnya, maka udang dan sotong lah berpotensi menyebabkan masalah hipertiroid lebih teruk. Makanan atau minuman berprotein tinggi seperti susu lembu, tofu dan susu soya harus dikurangkan ke tahap minimum mungkin cuma seminggu satu kali/ satu sajian sahaja
4. Makanan segera berlemak dan berminyak tinggi. Lemak dan minyak akan menyebabkan keradangan pasien hipertiroid lebih teruk. Kentang goreng, burger, nugget dll antara yang wajib dielakkan. Segala daging merah perlu dielakkan.
5. Makanan atau minuman bergula tinggi atau tinggi nilai indeks glisemik seperti jus dalam kotak, minuman tin bergas, makanan berasaskan tepung gandum yg diproses perlu dikurangkan, gula gula dan lain lain
6. Minuman berkafein seperti kopi dan minuman beralkohol atau arak wajib dielakkan atau ditinggalkan terus oleh pasien hipertiroid.

Hanya perlu klik link di bawah untuk booking/ tempahan awal

📲 wasap.my/60146462531

📲 wasap.my/60143308438

(𝐊𝐄𝐍𝐀 𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓; 𝐑𝐄𝐌𝐄𝐃𝐈 𝐍𝐈 𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋 𝐒𝐄𝐃𝐈𝐊𝐈𝐓 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐃𝐈𝐏𝐑𝐎𝐒𝐄𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐏𝐀𝐂𝐊𝐈𝐍𝐆 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐃𝐑 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐑𝐎𝐒𝐍𝐈 𝐒𝐄𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐃𝐈𝐏𝐎𝐒 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐔𝐃𝐀𝐇 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐂𝐎𝐍𝐅𝐈𝐑𝐌 𝐎𝐑𝐃𝐄𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑𝐀𝐍)

TEMPAHAN DAN PERTANYAAN EKSKLUSIF? 

MULAKAN DENGAN DETOX DR ROSNI SELAMA 3 BULAN

  untuk 1 set, kegunaan seorang pesakit sahaja.

Kos pos biasanya RM7 menggunakan J&T atau DHL 

SET HYPERTIROID RM 270 (JIKA ADA BENGKAK KALENJAR DI TUBUH; RM 350)

SET HYPOTIROID RM 270

JIKA AWAK TEMPAH /ORDER DARI SAYA, AWAK WAJIB BERI BUKTI PEMBAYARAN + NAMA + ALAMAT LENGKAP DAN NO TELEFON kepada SAYA sejurus payment dibuat untuk tujuan pemprosesan dan pengeposan. 

Kami akan memproses dan mengepos paling lewat dalam tempoh 1 MINGGU dari tarikh pembayaran dibuat. Sila hubungan pihak kami jika TIADA tracking no diberikan dalam tempoh tersebut.

Terima kasih di atas kepercayaan Tuan/Puan ke atas perkhidmatan kami.


Wednesday, September 19, 2018

TRAIT MANUSIA BERMULA DARI MAKANAN

Ada tiga elemen penting yang menjadikan hidup kita sihat iaitu senaman, makan dengan cara yang sihat, dan mengambil vitamin. Sudah berdekad berlalu, dan kita tidak menemui sebarang bukti saintif menunjukkan badan kita memerlukan multivitamin ataupun multivitamin memberi manfaat secara quantitatif.
Moyang kita telah lama menghidupkan diet yang seimbang dalam makanan mereka dengan cara memakan buah primitif dan mendapatkan bekalan nutrisi daripada sumber alam. Apabila ketamadunan manusia menjadi kompleks, diet kita sudah mula bergantung kepada makanan berkanji, rendah nutrisi seperti nasi, jagung dan gandum yang boleh ditanam dan dibekalkan dalam skala yang besar.
Industri pemprosesan makanan menjadikan makanan ini disediakan dalam bentu yang lebih teruk, dan menyebabkan risiko kejadian penyakit berkaitan masalah kekurangan vitamin dalam pengambilan makanan seharian.
Hal ini menyebabkan industri pasaran vitamin dan supplemen kesihatan tumbuh seperti cendawan. Dunia pasaran secara dalam talian menjadikan kita percaya terdapat ruang dalam kesihatan kita, dan kita boleh penuhi dengan hanya mengambil regim vitamin berbentuk pil.
Tidak tepat!
Beberapa kajian yang disiarkan dalam jurnal annals of internal medicine merumuskan;
Supplemen tidak mengatasi masalah kesihatan kronik, tidak diketahui kesannya dan perlu dihindari.
Kita generasi yang tidak ada kekurangan vitamin yang tepat. Vitamin tidak ada kesan langsung kepada pengurangan risiko kanser, masalah jantung, kekurangan daya upaya dan kematian.
Penggunaan sebahagian vitamin lemak mudah serap (fat soluble vitamin) boleh menyebabkan kegagalan jantung dan buah pinggang.
Jika kita benar-benar disahkan oleh doktor yang kita mempunyai masalah kekurangan vitamin, memang doktor akan preskripsikan vitamin mengikut keperluan.
Mengambil vitamin ataupun multivitamin tanpa preskripsi yang betul daripada doktor dan pakar dietari tidak akan membantu anda mengatasi masalah kekurangan vitamin dalam tubuh terutama jika ia diambil secara oral.
Industri vitamin/ multivitamin tidak dipengaruhi oleh FDA dan kebanyakan melalui ujian persendirian. Indeks kandungan tidak menunjukkan dengan tepat kandungan sebenar vitamin dalam setiap pengambilan.
Tidak ada jaminan multivitamin yang kita ambil sesuai untuk tubuh kita. Mengambil multivitamin sembarangan bermakna mengambil benda tidak penting untuk tubuh dan hanya melepasi sistem tubuh tanpa serapan.
Jika anda benar-benar ingin mengambil vitamin yang betul dan sesuai untuk tubuh, anda hanya perlu makan makanan yang sihat dan dengar nasihat doktor dan pakar pemakanan jika diet yang anda makan tidak mencakupi keperluan seharian tubuh.
Berbalik kepada komuniti kecil kita, iaitu keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak.
Apabila musim cuti sekolah bermula, anak-anak yang tinggal di asrama akan kembali menyendeng di sisi keluarga mereka. balik kampung adalah perkara paling menyeronokkan bagi mereka. ini lah masanya untuk memanjakan perut setelah agak lama menjeruk rasa, dan keinginan untuk makan masakan ibu. malahan bagi anak kota, ini lah masa untuk berlibur sambil menjadi pencadang terhebat kepada sang ayah, nak mencuba makanan yang rare dan selalu terbayang di kepala saat berada di asrama.
si ayah dan si ibu selalunya tidak akan menghampakan permintaan si anak. Masa cuti sekolah lah masa terbaik untuk anak-anak dapat makan sepuas hati mereka. tanpa disedari, tabiat memanjakan si anak dengan makanan di luar, makan di restoren berbanding menyediakan masakan sendiri di rumah menyebabkan sistem pertahanan tubuh si anak menjadi lemah. Mitos; MSG menyebabkan kanser dan macam-macam gejala penyakit. Junk Food; membentuk anak menjadi obesiti melampau.

Bagaimana pula fakta yang ini?


Kerenah anak menjadi tidak keruan, dan ada yang beranggapan anak ini degil kerana faktor pemakanan yang tidak sesuai dengan keperluan tumbesarannnya. Ada juga pendapat lemah mengatakan, otak seorang anak boleh menjadi lembap kerana terlebih makan makanan ringan. akhirnya, anak terbiasa dengan gaya pemikiran yang terlalu mengambil mudah semua perkara.
Saya tinggalkan satu persoalan kepada pembaca;
Ibu bapa yang kurang ilmu, bagaimana nak melahirkan generasi yang melihat makanan itu sesuatu yang luar biasa dalam membentuk peribadi seseorang?

KHIDMAT TERAPI DSAKINAH HTC

Kami sedia membantu mereka yang memerlukan khidmat nasihat pemakanan dan terapi holistik dengan memberi perkhidmatan terapi yang berbaloi dan mampu rasa.

Perkhidmatan rawatan dan terapi di D'Sakinah adalah seperti berikut:

lBekam Darah Biasa dan Bekam KHAS untuk kes-kes spesialis 
1 CUP/ RM 7
Wet Cupping (Standard & Special cases)
STANDARD RM 84 = 12 CUP
lUrutan Badan 
Full Body Massage RM 55/ 1 JAM
lUrutan Kaki (Refleksologi)
Foot Massage (Refleksology) RM 40/ 1 JAM
lUrutan Perlembutan
Accupressure RM 35
lUrutan Pemulihan Kecederaan
Sprained & Sport Injuries Massage RM 70
lSauna Mini RM 40
lTerapi Resdung BioHerba kaedah dRResd
BioHerb Sinus Therapy (dRResd) RM 69
lTerapi rangsangan saraf elektronik (RSE)
Electronic Nerve Stimulation Therapy RM 40
lTerapi Pembetulan Tulang Belakang dan Pinggul (kaedah Jepun iaitu YUMEIHO)
Backbone & Hip Bone Realignment (YUMEIHO) RM 95
lTerapi Masalah Tenaga Batin Lelaki (Protokol 670 Dr. Rosni)
Manhood Problem Therapy
lTerapi Postnatal & Masalah Kesihatan Dalaman Wanita (Bertangas, Urutan peranakan/ Sengkak Rahim, Bekam & Set Homeopati)
Feminine Problem & Postnatal Therapy
lMenjual pelbagai produk makanan tambahan & Herba (Cth. Produk Olive House & Produk dRResd)
We Are Selling Various Food Supplement & Herbal Product (e.g. Olive House Product & dRResd Product)
lUbat-Ubatan Homeopati untuk ikhtiar merawat pelbagai masalah dan penyakit seiring rawatan di hospital
Homeopathic Remedies For An Attempt to Treat & Cure Various Disease in Complement with Mainstream Treatment for Hospital
Anda mempunyai masalah atau penyakit tertentu yang ingin DIRAWAT?
Anda SIHAT tetapi hanya berminat untuk menjalani rawatan dan terapi untuk PENCEGAHAN daripada terkena penyakit? 

D'SAKINAH HOLISTIC THERAPY CENTER ALAMESRA KOTA KINABALU LAH JAWAPANNYA.…

"Ibu saya dah alami gastrik, asid refluk dan anxiety (kerisauan dan panik tak tentu pasal) sekitar 11 tahun. Selepas menjalani rawatan dan terapi holistik di D'Sakinah oleh Dr. Rosni dan team beliau, ibu saya dah hampir 100% PULIH. Alhamdulillah. Ibu saya dah tidak rasa TERCEKIK, tidak sesak nafas, tidak rasa TERBAKAR di DADA dan tidak PEDIH ulu hati. Kerisauan melampaunya pun dan semakin PULIH. Terima kasih Dr. Rosni dan D'Sakinah. Memang terbaik." 
[Daripada Zila (bukan nama sebenar) yang merupakan anak kepada ibu tersebut]

"Alhamdulillah. Saya cikgu Zaki merupakan bekas penghidap masalah saraf dan tulang belakang yang dikenali sebagai SLIPPED DISC. Saya alami kesakitan 24 jam. Berdiri pun sakit, berjalan pun sakit dan tidur pun sentiasa terjaga kerana kesakitan melampau. Setelah dirawat dan terapi oleh Dr. Rosni di D'Sakinah HTC selama hampir 3 bulan, kesakitan melampau saya akibat slipped disc ini telah 100% PULIH. Paling pentingnya saya telah TERSELAMAT DARIPADA DIBEDAH di hospital. Kerana menurut doktor di sana, kes saya ini lama kelamaan perlu DIBEDAH tulang belakang. Terima kasih Dr. Rosni dan D'Sakinah HTC. Syukur kepada Allah SWT kerana telah menyembuhkan saya asbab ikhtiar ini."
[Daripada Cikgu Zaki, bekas pesakit slipped disc]

Masalah kencing manis yang menghantui komuniti masyarakat masa kini

Sedikit perkongsian tentang masalah hipertensi (Gambar)








"Saya selalu migrain dan pening-pening kepala. Bahagian bahu dan tengkuk saya sentiasa rasa keras dan tegang. Saya dicadangkan oleh seorang kawan untuk datang BERBEKAM darah di D'Sakinah Alamesra. Setelah dibekam oleh salah seorang terapis wanita D'Sakinah, sehari kemudian kepala saya sudah terasa RINGAN. Bahu dan tengkok pun tidak lagi terasa keras dan sakit. Migrain saya pun terus hilang dan jarang-jarang dah alaminya sekarang. Alhamdulillah."
[Daripada Pn Suzila (bukan nama sebenar)]

Tiga TESTIMONI di atas adalah difikirkan sudah cukup untuk memberikan gambaran kepada tuan-tuan, puan-puan dan abang adik kakak semua di luar sana mengenai KEBERKESANAN rawatan di D'Sakinah Holistic Therapy Center Alamesra Kota Kinabalu. Sebenarnya PELBAGAI MASALAH KESIHATAN DAN PENYAKIT orang ramai khususnya orang SABAH yang telah D'Sakinah HTC berjaya bantu rawat dan terapi hingga pulih. Dengan izin Tuhan jua.

Antara MASALAH dan PENYAKIT yang paling ramai pesakit sembuh dan dalam proses untuk sembuh di D'Sakinah HTC ialah:
• Gastrik, GERD, Anxiety (GGA)
• Migrain dan sakit kepala biasa
• Masalah saraf tulang belakang seperti SCIATICA, SLIPPED DISC dan LUMPUH
• Kerosakan buah pinggang (seiring dengan rawatan utama di hospital)
• Kecederaan sukan seperti terseliuh (selahu), sering krem anggota badan, kecederaan sendi lutut, kaki dan tangan dan sebagainya
• Frozen Shoulder dan Trigger Finger
• Diabetis dan luka akibat diabetis (seiring dengan rawatan utama di hospital)
• Ketumbuhan pelbagai tempat di badan misalnya tumor otak (seiring dengan rawatan utama di hospital)
• Masalah kewanitaan seperti senggugut, anemia, fibroid, cysta dan lain lain
• Masalah kelelakian seperti LEMAH TENAGA BATIN ( seiring dengan rawatan utama di hospital)
• Masalah di kalangan bayi dan kanak-kanak seperti jaundis, batuk kahak berpanjangan, lemah sistem keimunan badan, asma, AUTISM, hiperaktif dan sebagainya (seiring dengan rawatan utama di hospital)
• Masalah PEMBELAJARAN di kalangan kanak-kanak dan remaja seperti TIDAK FOKUS, lemah daya ingatan, KURANG MINAT belajar, lemah daya berfikir dan sebagainya
 Masalah KERADANGAN PROSTAT di kalangan lelaki warga emas
• Masalah hipertensi dan jantung (seiring dengan rawatan utama di hospital)

Sila bank in ke 160102004028 Mohd Rosni Sulaiman Maybank untuk tempahan 

Hanya perlu klik link di bawah untuk booking/ tempahan awal

📲 wasap.my/60146462531

📲 wasap.my/60199388438
PEMBAYARAN RASMI HANYA KEPADA AKAUN DR MOHD ROSNI SAJA, DAN SLIP PEMBAYARAN BOLEH SERAHKAN KEPADA SAYA UNTUK RUJUKAN- 

JIKA AWAK TEMPAH /ORDER DARI SAYA, AWAK WAJIB BERI BUKTI PEMBAYARAN + NAMA + ALAMAT LENGKAP DAN NO TELEFON kepada SAYA sejurus payment dibuat untuk tujuan pemprosesan dan pengeposan. 

Kami akan memproses dan mengepos paling lewat dalam tempoh 1 MINGGU dari tarikh pembayaran dibuat. Sila hubungan pihak kami jika TIADA tracking no diberikan dalam tempoh tersebut.

Terima kasih di atas kepercayaan Tuan/Puan ke atas perkhidmatan kami.


GERAK KERJA DSAKINAH HTC DALAM PASARAN TERAPI HOLISTIK

TUGAS-TUGAS KAMI DI D'SAKINAH HOLISTIC THERAPY CENTER ALAMESRA KOTA KINABALU SABAH


1. Sebarkan ILMU dan KESEDARAN MENGENAI pelbagai masalah kesihatan dan penyakit.
Apa yang kami usahakan adalah kami sebarkan ilmu tentang sains perubatan moden dan tradisional. Kami tidak pernah mengabaikan keperluan hospital dalam mendiagnosa penyakit berjangkit mahupun tidak berjangkit. Kami komitmen dalam menyediakan perkhidmatan kaunseling pemakanan  yang baik mengikut kesesuaian peringkat umur dan penjagaan keselamatan dalam aspek pengendalian terapi.
Khidmat nasihat yang kami berikan sebelum, semasa dan selepas terapi secara holistik sedaya upaya mematuhi akta perubatan tradisional dan komplimentari 2016 (Akta 775) kerana kami masih bergantung dengan usahasama pihak hospital dalam membantu menyediakan terapi yang melegakan kesakitan dan mencegah dari peringkat awal.
2. Melayan persoalan dan mengambil TEMUJANJI yang dibuat oleh pesakit atau keluarga pesakit
Setiap terapis dan staf kami bersifat santun dalam meladeni pelanggan kami sama ada dalam talian telefon mahupun secara bersemuka. Setiap persoalan yang dikemukakan akan dijawap dengan baik dan teliti bagi membolehkan pelanggan kami mendapat maklumat yang tepat sepanjang bersama kami.
3. Mengambil maklumat dan sejarah pesakit menggunakan borang maklumat serta kebenaran RAWATAN dan TERAPI oleh pesakit/waris pesakit
Kami juga menyediakan borang pendaftaran bagi menepati hak pesakit dalam akta perubatan tradisional dan komplimentari 1996 (Akta 775).
4. Membuat pemeriksaan dan diagnosis penyakit berdasarkan penampilan FIZIKAL, MENTAL dan SIMPTOM-SIMPTOM yg ada pada pesakit (majoriti kes adalah yang sudah ada LAPORAN dan DIAGNOSIS oleh doktor di hospital).
5. Memberikan KONSULTASI perubatan NATUROPATI TCM (termasuk konsultasi pemakanan dan gaya hidup sihat) kepada pesakit, keluarga pesakit dan orang yang terdekat yang akan menjaga pesakit.
6. Memberikan RAWATAN dan TERAPI berdasarkan hasil DIAGNOSIS dari HOSPITAL/KLINIK ataupun diagnosis yang kami buat sendiri seperti dalam no. 4
7. Mempreskripsikan ubatan homeopati/herba untuk diambil oleh pesakit berdasarkan jenis penyakit atau masalah dialami
8. Mengemukakan bil perubatan untuk dibuat pembayaran oleh pesakit/keluarga pesakit pada harga berpatutan dan mampu rawat (kami cuba sedaya upaya memberikan diskaun di mana yang patut)
9. Memberikan kad review atau temujanji utk sesi rawatan seterusnya.
10. Membuat follow up bagi mengingatkan pesakit untuk datang review dan menyambung sesi rawatan. Dibuat secara whatsapp atau panggilan telefon. Review penting untuk kami pantau perkembangan pesakit SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS tamat rawatan dan terapi dengan kami.
11. Tugas dan peranan TERPENTING kami ialah sentiasa cuba memastikan semua SOP di atas diikuti dan seterusnya cuba SEDAYA UPAYA memberikan PERKHIDMATAN TERBAIK kepada pesakit dan ahli keluarga pesakit supaya segala MASALAH KESIHATAN atau PENYAKIT pesakit tersebut dapat DISELESAIKAN atau DIBANTU SEMBUH ke tahap maksima. Inilah REPUTASI kami.

PROTOKOL FIRST AID DR MOHD ROSNI

NT-INFEX.C (PYROGENIUM 200X) A. Pengambilan Sebagai Langkah Menangani Jangkitan Yang Sedang Berlaku Apabila seseorang mengalami ...

 
💬 Perlukan Konsultasi? TEKAN SINI UNTUK WHATAPP KAMI SEGERA.