Thursday, March 28, 2019

IKLAN JAWATAN KOSONG

Jawatan Kosong Segera!
Lokasi: Dsakinah Holistik Therapy Center Cawangan Alamesra, Kota Kinabalu
Jawatan: 1 terapis lelaki dan 1 terapis wanita (TERAPIS KESIHATAN HOLISTIK)

Syarat:
*umur 18-35 tahun
*Minimum SPM atau SKM3 (dalam bidang terapi SPA atau Kecantikan atau kedua-dua sekali)
* Waktu kerja 10:00 pagi - 08:00 malam (fleksible)
* Boleh bekerja hujung minggu/ cuti umum
*Selain pandai mengurut, pengalaman dalam bidang customer service, Promoter, direct-selling, facebook Ads juga diambil kira.
*Bersedia untuk menjalani latihan induksi dan kompetent selama 3 bulan sebelum pelantikan tetap.
*Tiada pengalaman tapi sanggup belajar sampai mahir. syaratnya berminat dalam rawatan perubatan alternatif seperti urut, bekam dan penjagaan kesihatan wanita, tiada lagi komitmen utk belajar dengan mana mana kolej atau universiti, tubuh badan yang sihat dan cergas,

Faedah tersedia
*yang bujang, akan disediakan tempat tinggal.
*KWSP, SOCSO & EIS

D'SAKINAH HOLISTIC THERAPY CENTER ALAMESRA KOTA KINABALU sedang mencari pelatih baru terapis untuk belajar sambil bekerja di DSakinah...boleh bekerja bermula jam 10 pagi hingga 8 malam setiap hari kecuali hari hari tertentu yang diberikan cuti. Memerlukan pekerja yang sanggup belajar sambil bekerja sehingga tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun di DSakinah HTC atau mana mana cawangannya di masa masa akan datang untuk melakukan pelbagai rawatan dan terapi seperti bekam, urut kaki, urut badan, sauna dan sebagainya akan diberikan dalam beberapa bulan pertama bekerja dan dipastikan hingga mahir dan yakin........PELUANG MENJADI USAHAWAN DALAM BIDANG RAWATAN ALTERNATIF NATUROPATI....

Nota tambahan:
ibu bapa yang ada anak lepasan ijazah yg sedang menganggur, freshie dan masih sedang mencari kerja pun blh lah juga bertanya.

Yg berminat boleh email resume ke:
dsakinahhtcsabah@gmail.com

Atau Whatapp/ Direct Call
Miss Aisyah(019-9388438)
Pengurus Kesihatan Holistik D’Sakinah HTC Alamesra

Atau
Prof. Madya Dr. Mohd Rosni Bin Sulaiman
CEO/ Perunding Perubatan Naturopati di D'Sakinah Holistic Therapy Center Alamesra Kota Kinabalu Sabah
Hp: 0198620380

Monday, March 11, 2019

BADAN MACAM KERETA... KENA SERVIS JUGA

Admin janji, admin akan citer satu persatu pakej terbaik pusat terapi ni sediakan. Jom kenali pakej yang super murah dan mampu dirasai semua lapisan ras, bangsa dan agama...

Pakej BASIC SERVIS BADAN 3 in 1》》》 RM 120.00 (harga asal RM 135)
Urut badan
Urut kaki
Mini Sauna

Rasain lo keselesaan urutan sepanjang menjalani pakej 3 in 1 ini. Sama mcm minum nescafe 3 in 1. Si penggemar neskape 3 in 1 tahu tu feel minum kopi jenis ini. Nah, sama halnya pakej urutan ini.

Urut badan untuk sistem muscle skeletal...

Urut kaki untuk refresh sistem organ dalaman...

Sauna? Ha, yang ni ramai tak berapa minat. Padahal, kehebatannya untuk sistem kulit kita sangat awesome. Boleh awet muda tahu...

Pilihan pakej ini sesuai untuk mereka yang takutkan bekam, tapi nak segarkan otot2 yang lenguh, nak hilangkan penat menghadap komputer, nak lepaskan diri dari lelah sebagai suri rumah 24 jam. Cewah! Betul bah, kamurang ingat, inda penat ka itu jadi suri rumah. Penat bah itu, penat! Jadi sebagai suami mithali, apa kata hadiahkan satu appointment urutan untuk sang isteri tersinta, tersayang... zahirkan rasa sinta dengan spent sikit untuk biarkan isteri2 anda dimanjakan oleh urutan power dari terapis2 wanita kami...

Yang suami pula, dah penat tu... boleh lah luangkan masa, Lepaskan lelah anda dengan urutan dan pukulan padu pada setiap otot2 anda yang dan keras kejung macam batu tu, biarkan terapis lelaki kami bantu lembutkan balik otot2 yang degil tu...

Nah, ada lagi yang admin tak bagitahu. Kalau korg pilih appointment pada sabtu atau ahad, kenapa tak cuba secara langsung pakej ini dengan terapi pembetulan tulang belakang dan pinggul. Hanya Rm 210.

Yes! Hanya Rm 210... anda pasti balik ke rumah bawa senyuman.

Pakej SERVIS SATU BADAN 3 in 1》》》 RM 160.00 (harga asal RM 179)
Bekam
Urut badan
Urut kaki/sauna

Mak ai, korang pernah ke jumpa atau dioffer dengan pakej rawatan macam ni?

Jimat rm 19, dan baki rm 19 korang boleh beli tiket wayang misteri dilaila, yang si zul ariffin duk risau isterinya hilang... misteri sungguh kan? Siurang belum tingu lagi itu wayang. K, utk dpt stamina menjerit kejung anak tekak diserubung misteri dilaila, biar siurang kasih tahu apa misteri pakej 160 ini...

Korg datang ja di pusat terapi holistik dsakinah ni, then daftarkan diri dan dapatkan kad yang ada review number, kad ni jangan buang tau... kalau kamu buang, inda dapat lagi harga promosi untuk second visit. Neh!

Dah siap daftar, dah blh tahu dan tanya apa yang patut. Boleh pilih nak dapatkan mini sauna ke atau urutan kaki? Dua dua powerful. Pilih salah satu je ye.

Kalau kamurang pilih urutan kaki, si terapis akan mulakan dengan urut kaki dulu. Ada 3 fasa urutan kaki yang kamurang akan rasa. Dimulakan dengan memandikan kaki kamurang menggunakan air suam yang dicampur dengan GARAM BUKIT AURA HIMALAYA, dan rndaman ini dilakukan selama 5-10 minit. Fungsinya adalah untuk melembutkan sel kulit di tapak kaki yang dah lama tampung beban berat badan tu. Bukan saja nak lembutkan tapak kaki, tapi aura garam himalaya itu cukup untuk recharge energy dalaman. Dah siap rendaman kaki, terapi akan start buat effleurage (usapan) dari hujung kaki ke pangkal lutut. Bonus tu, accupressure lah. Mana lah tahu si pelanggan ada mengadu selalu kejang2 kaki ka, nah. Sini lah masanya nak uli2 tu otot yang mudah kejang tu. Siurang inda tahu apa lagi teknik2 dalam foot massage ni, yang penting... siapa pernah datang, confirm puas hati, sebab sentuhan terapis kami, berbeza2 ikut orgnya lah.
Then, ada adukan teknik refleksologi selepas effleurage ini. Yang ni, membantu dalam proses pengenalpastian masalah kesihatan peringkat awal. Kena tekan sikit poin2 tertentu yang ada masalah, konfirm ada yang termenggeliat tak tahan sakit.

Tak nak foot refleksologi, boleh pilih mini sauna. Selalunya perempuan memang susah nak berpeluh. Walaupun satu hari kerjanya banyak, tetap kurang berpeluh. Mengeluh itu adalah. Cewah. Apa kata, korang try bersauna. Sauna ni nak paksa organ terbesar tubuh manusia bekerja. Skin, atau bahasa lainnya kulit. Kekadang, ada yang dah berjoging tapi macam tak rasa berpeluh sangat. Dengan bersauna ni, kulit akan jadi lebih aktif mengeluarkan peluh.

Uina, panjang pula tulisan admin ni...

Apa tunggu lagi, penat jari admin menaip lebar2 panjang ni, ok save nombor telefon admin. Blh call/whatapp bila2 masa anda rasa tubuh badan anda perlukan sentuhan terapis kami...

Boleh belek TERAPI HOLISTIK yang praktikal dan mampu milik untuk anda, pasangan anda dan anda sekeluarga,
cuba klik link di bawah;

Pakej terapi murah-berbaloi-puas hati

BEKAM

Admin dah rasa 3 kali berbekam, memandangkan admin jenis takut jarum, sepanjang dibekam admin akan gigit tuala, supaya jeritan kurang mengganggu. Pengalaman admin, bekam ni tak sakit. Hanya pedih sikit2 macam dicubit2 manja atau digigit semut saja.

Pusat terapi kami memfokuskan bekam basah sebagai kaedah bekaman yang kami perkenalkan kepada pelanggan kami. Proses bekaman inu dimulakan dengan bekam angin atau kering sebagai cara untuk memberi sedikit kesan kebas pada poin bekam yang dikenakan pada permukaan kulit. Poin di permukaan kulit ini akan ditusuk dengan jarum yang disteril kemudian, penyedutan menggunakan cawan bekam dan pam vacum manual akan dilakukan sebanyak 2 tarikan sedutan menggunakan vakum manual. Darah kotor atau istilah lainnya, causative pathological substance akan disedut keluar daripada luka yang dibuat oleh jarum bekaman tadi. Masa sedutan hanya 3 hingga 5 minit, bagi yang lelaki dan lebih kurang 3 minit bagi yang perempuan. Kitaran tusukan setiap poin hanya dua kali.

Proses bekaman yang kami lakukan hanya ingin memaksimakan proses pengeluaran darah kotor daripada permukaan kulit epidermis, bukan kerana mengeluarkan seberapa banyak darah dari badan pelanggan.

URUTAN

Urutan yang betul samada menyakitkan atau tak, semestinya memberi kebaikan kepada yang diurut. Urutan perlembutan yang dilakukan di D'Sakinah, untuk melancarkan peredaran darah di samping mengurangan ketegangan otot apatah lagi bila pelanggan memerlukan pembetulan tulang belakang dan pinggul.

Kalau urutan itu menyakitkan, walau disentuh sikit... diurut sapu2 maknanya muscle spasm lah tu.. tegang sangat otot tu. Biasa kes tegang2 otot ni berlaku pada golongan yang bekerja berdiri lama, atau duduk lama menghadap komputer. Kekadang disertai dengan rasa mencucuk di tumit kaki, rasa urat kaki macam ditarik tarik, mengencang katakan...

Sebab itu, bila sesi mengurut, admin akan galakan terapis berbual dengan pelanggan...dan pelanggan tak memendam rasa sakit kalau terapis tetiba tertekan kuat ke, atau tak de rasa sangat ke...

Jadi sesi urutan badan, urutan perlembutan di D'Sakinah ni lebih memfokuskan utk rawat kecederaan otot yang ringan, ketegangan otot, lemah otot, sakit sengal lenguh kebas... selalunya pelanggan tak ada masa untuk terlelap. Tapi ada juga kes, mereka terlelap sebab syok sangat. Sudah diurut sakit, tiba2 diaduk dengan urutan yang merelaxkan... perghhh sayup2 jak suara terapis tu, then... zzzzzz...

So, pelanggan kami blh memilih jenis urutan yang bagaimana mereka mahu. Nak yang relax2 sampai tertidur, nak diuli sampai lembut, atau apa2?

Pilihan di tangan pelanggan.

UBAT KIMIA SINTETIK: TUTUP LUBANG GALI LUBANG

Kenali Ubat Anda! Setiap penyakit mempunyai pilihan rawatan, dan setiap ubat mempunyai manfaat serta risikonya. Ubat boleh membantu memulihk...