Q: Kenapa banyak naturopaths yang saya pernah guna sebelum ni ada banyak pantang makanan.
Wednesday, September 10, 2025
KENAPA PROF TEKANKAN PANTANG LARANG KAFEIN DAN AIR KELAPA?
September 10, 2025
KONSEP ASAS REMEDI
Seperti seafood, kacang, sayur berdaun, susu, jenis buah-buahan dan sebagainya. Tapi protokol dr mohd rosni simple saja pantang nya?
Sila baca perkongsian jawapan dari Prof:
Ya saya pun naturopath, tetapi dalam masa sama saya homeopath dan saintis...
Saya dulu dulu pun asalnya baaanyak beri pantang larang kat pesakit saya.
Sampai satu tahap saya fikir tak logik atau tak masuk akal langsung bilamana Allah SWT ciptakan pelbagai jenis /baaanyak makanan untuk manusia di mukabumi ini, last last semua hanya boleh makan buah kurma, air kosong, barli, ikan tenggiri, minyak zaitun dan kacang pistacio saja...segala garam gula bagai TAK BOLEH ambil.
Bila saya kaji punya kaji punya kaji kenapa majoriti naturopath berikan baaanyak pantang larang makan minum, rupanya jawapannya simple saja, segala makanan, minuman, bahan perasa perisa yang mereka pantangkan itu boleh menyebabkan keradangan teruk yang jadi punca penyakit atau penyakit sedia ada bertambah teruk dan sukar pulih
Dan....Dan....
Mereka TAK ADA PENAWAR YANG BERKESAN utk rawat sembuhkan penyakit pesakit, harapan mereka dengan suruh pesakit BERPANTANG, keradangan tak teruk atau tak terjadi, segala ubatan /suplimen biasa biasa yang mereka sarankan boleh menyebabkan pesakit SIHAT atau RASA SIHAT...cuma tetap kena berpantang sampai ke hujung hayat
Saya REBEL atau MELAWAN dengan kaedah/idea TAK MASUK AKAL lagi BODOH ini.
Cuma saya masa tu kena cari PENAWAR YANG AJAIB ATAU ADA CIRI CIRI "MUKJIZAT".
Sebab menurut TEORI saya masa itu sekitar tahun 2013
*Kesemua penyakit, ada PENAWARNYA kecuali NAK MATI DAN SAKIT TUA...untuk MENYEMBUHKAN SESUATU PENYAKIT, syaratnya mesti guna PENAWAR TEPAT YANG SELARI 100% DENGAN ASBAB UNTUK ALLAH TAALA PULIHKAN...
bila guna PENAWAR TEPAT, keajaiban atau ciri ciri mukjizat PASTI akan berlaku...penyakit akan sembuh...
bila penyakit PASTI akan sembuh oleh kudrat iradatNYA asbab PENAWAR TEPAT itu, kenapa lagi perlu SUSAH SUSAHKAN DIRI BERPANTANG untuk makan minum segala yang sepatutnya anugerah Allah Taala yang kita boleh makan minum secara pelbagai dan sederhana??
Berpantang hanya untuk makanan/minuman/bahan yang akan MELEMAHKAN/MEROSAKKAN KEKUATAN PENAWAR TEPAT ITU dan BERPANTANG HANYA UNTUK PENYAKIT PENYAKIT YANG ADA PANTANGNYA (misalnya DIABETIK elakkan gula dan kabohidrat berlebihan)...
ini saja BERPANTANG YANG PERLU DAN SAYA SETUJU...selainnya, makan dan minum sahaja secara pelbagai dan besederhana.
Jadi tugas UTAMA saya pada tahun 2013 itu cuma utk HASILKAN PENAWAR TEPAT untuk pelbagai pesakit dan penyakit.
Dan ALHAMDULILLAH saya berjaya formulasikan sekitar 100 jenis PENAWAR TEPAT.
Bila gunakan PENAWAR TEPAT, ramai pesakit jadi SIHAT dan penyakit mereka jadi SEMBUH!!
Bila mereka SIHAT DAN SEMBUH, bererti
KERADANGAN MEREKA SEMUA HILANG/PULIH/TIADA LAGI.
Bila KERADANGAN/INFLAMASI/INFLAMMATION tiada, kenapa TAKUT untuk makan minum segala, yang dianugerahkan Allah SWT utk kita nikmati, pelbagai dan besederhana
Bila saya ada SENJATA YANG AMPUH, kenapa lagi saya perlu letakkan pelbagai KETAKUTAN dalam diri para pesakit saya.
Ambil saja SENJATA itu, tembak mati segala musuh kamu, pertahan diri kamu dari musuh musuh utama kamu yang boleh akibatkan kerosakan besar kepada diri kamu iaitu keradangan
Jadinya PENAWAR TEPAT saya itu IBARATNYA senjata ampuh yang boleh jadi IRON DOME /PERISAI DIRI.
Boleh MELAWAN(MERAWAT) DAN BERTAHAN(CEGAH).
Satu lagi AMAT LUCU DAN BODOH SAMA SEKALI bila manusia yang Allah Taala berikan segala GIGI yang lengkap (kacip, taring, geraham, bla bla bla) sebagai OMNIVOR, tiba tiba cuma boleh makan buah kurma, ikan tongkol dan tepung barli saja??
Ciri ciri MANUSIA yang telah Allah SWT tarik nikmat makan minum ialah dia hanya boleh minum air kosong dan bubur nasi saja, menunggu masa untuk mati...🤭
Sebaliknya manusia yang Allah SWT berikan nikmat untuk dinikmati, walau miskin papa kedana, boleh makan minum segala benda.
Kalau ada yang tak bersetuju pun tak apa sebab saya dulu pun faham macam tuan puan juga...hahahaha.
Yang FAHAM saja akan mudah untuk MENDAPAT KESEMBUHAN...
Bila kita sedang dalam rawatan, rasa nak makan apa pun, MAKAN JE asalkan jangan melampau dan pelbagaikan.
####
Antara sebab yang sering diberikan oleh pengamal homeopati ialah:
Kafein dianggap sebagai bahan perangsang yang dikatakan boleh mengganggu tindak balas badan terhadap remedi homeopati.
Kopi dan minuman berkafein mempunyai aroma dan kandungan yang kuat, yang menurut sesetengah aliran homeopati dipercayai boleh mengurangkan kesan remedi.
Kafein juga boleh menyebabkan sukar tidur, berdebar atau keresahan pada sesetengah orang. Jika seseorang mengambil homeopati untuk masalah seperti insomnia atau kebimbangan, pengurangan kafein mungkin membantu mengurangkan gejala tersebut, walaupun ini tidak semestinya berkaitan dengan keberkesanan homeopati itu sendiri.
Dalam protokol Dr Rosni, penjelasan yang biasanya diberikan mengenai larangan minuman berkafein adalah seperti berikut:
Mengurangkan rangsangan sistem saraf
Kafein dalam kopi, teh, minuman tenaga dan cola bertindak sebagai perangsang sistem saraf.
Pengamal protokol berpendapat keadaan badan yang lebih tenang tanpa rangsangan kafein membantu proses rawatan berjalan dengan lebih baik.
Mengelakkan gangguan terhadap tindak balas remedi
Dalam falsafah homeopati klasik, kopi dan kafein dipercayai boleh bertindak sebagai "antidote" (mengurangkan atau mengganggu kesan sesetengah remedi). Inilah sebab ramai pengamal homeopati menasihatkan pesakit mengelakkan kopi sepanjang tempoh rawatan atau sekurang-kurangnya tidak mengambilnya berhampiran waktu dos.
Mengurangkan gejala yang boleh mengelirukan pemantauan
Kafein boleh menyebabkan berdebar, sukar tidur, gelisah atau meningkatkan keresahan pada sesetengah individu. Jika gejala ini berlaku, ia boleh menyukarkan penilaian sama ada perubahan yang dialami berpunca daripada keadaan badan atau kesan kafein.
Antara rasional yang sering diberikan oleh pengamal homeopati kenapa tidak boleh minum air kelapa semasa menggunakan remedi prof dr mohd rosni
Air kelapa boleh mengganggu tindak balas remedi
air kelapa mempunyai kandungan mineral, elektrolit dan bahan bioaktif yang mungkin mempengaruhi tindak balas badan terhadap remedi homeopati. Oleh itu, mereka mengesyorkan mengelakkannya bagi memastikan rawatan dijalankan secara konsisten mengikut pendekatan mereka.
Mengelakkan faktor yang boleh mengelirukan pemerhatian
Air kelapa mengandungi elektrolit seperti kalium, natrium dan magnesium. Jika seseorang mengalami perubahan pada gejala atau keseimbangan cecair badan selepas meminumnya, pengamal mungkin sukar menentukan sama ada perubahan itu berkaitan dengan keadaan pesakit atau faktor lain. Menghadkan minuman tertentu membantu mereka menilai perkembangan rawatan dengan lebih seragam.
Kesan terhadap keseimbangan cecair badan
Air kelapa boleh membantu penghidratan dan membekalkan elektrolit. Bagi kebanyakan orang yang sihat, ini tidak menjadi masalah. Namun bagi individu yang mempunyai keadaan perubatan tertentu, seperti penyakit buah pinggang kronik (CKD), pengambilan air kelapa mungkin perlu dihadkan kerana kandungan kaliumnya yang agak tinggi. Sebab ini berkaitan dengan keadaan kesihatan, bukan dengan keberkesanan homeopati.
Nasihat penulis: sentiasa berhubung dengan stokis/pengedar sah remedi Prof dr Mohd Rosni di mana anda buat pembelian pertama ketika anda sedang menggunakan remedi.
Bukan Sekadar Beli Remedi: Kenapa Maklum Balas Anda Sangat Penting Sepanjang Proses Bimbingan?
Kami memang nak bantu anda. Tetapi untuk kami membantu dengan sebaiknya, kami perlukan anda untuk berkongsi keadaan anda dengan kami. Apabil...