🌿 Selamat Datang ke Damiafrotec

Terima kasih kerana mengunjungi laman web Damiafrotec. Kami berkongsi artikel pendidikan kesihatan, Pelbagai Protokol Dr Mohd Rosni yang bersesuaian dengan masalah kesihatan anda, testimoni pengguna serta maklumat berkaitan Homeonaturopati Prof Madya (B) Dr Mohd Rosni.

Semoga setiap perkongsian di laman ini memberi manfaat dan ibrah kepada anda dan keluarga.

💬 Perlukan Konsultasi? WhatsApp Kami

Perubatan Homeonaturopati Prof Madya (B) Dr Mohd Rosni

Saturday, June 13, 2026

SKIZOFRENIA: ADAKAH BERGANTUNG KEPADA UBAT KIMIA SINTETIK ADALAH PILIHAN TERBAIK? #PROTOKOL BRAIN_CHEM DR MOHD ROSNI (PBRAINDR)

Saya ingin berkongsi sedikit mengenai penyakit skizofrenia.


Skizofrenia merupakan sejenis penyakit mental yang kronik dan serius. Sehingga hari ini, punca sebenar penyakit ini masih belum dapat dikenal pasti dengan jelas oleh dunia perubatan. 


Namun, para pengkaji berpendapat bahawa ia mungkin berkaitan dengan gangguan kimia otak, fungsi otak yang tidak stabil, faktor genetik, serta faktor psikososial dan persekitaran.


Pesakit skizofrenia biasanya mengalami dua gejala utama iaitu:


✅ Halusinasi – mendengar suara atau bisikan yang sebenarnya tidak wujud. Kadangkala bisikan tersebut menyuruh pesakit melakukan perkara-perkara negatif yang boleh membahayakan diri sendiri atau orang lain.


✅ Delusi – kepercayaan yang salah dan tidak berasaskan realiti. Contohnya, pesakit merasakan orang di sekeliling ingin mencederakan, membunuh atau menganiaya dirinya walaupun perkara tersebut tidak berlaku.


Secara ringkasnya, skizofrenia ialah satu gangguan pemikiran yang menyebabkan cara berfikir seseorang menjadi bercelaru dan sukar membezakan antara realiti dengan khayalan.


Skizofrenia berbeza dengan gangguan bipolar.
Bipolar lebih berkaitan dengan gangguan emosi atau mood. Pesakit bipolar boleh mengalami dua keadaan yang sangat berbeza:


🔹 Fasa mania – terlalu gembira, terlalu aktif, bercakap tanpa henti, bertenaga dan sukar dikawal.


🔹 Fasa kemurungan – terlalu sedih, murung, lesu, tidak bermaya, banyak tidur dan hilang minat terhadap aktiviti harian.

Manakala bagi pesakit skizofrenia, masalah utama adalah gangguan pemikiran yang disertai halusinasi dan delusi yang berterusan.

Keadaan ini boleh menjadi sangat serius kerana ada pesakit yang mendengar bisikan yang menggalakkan mereka mencederakan diri sendiri, membunuh diri atau mencederakan orang lain.

 Oleh sebab itu, skizofrenia memerlukan perhatian dan pemantauan yang serius.

Pada entry kali ini, saya ingin berkongsi dua testimoni individu yang mengalami masalah skizofrenia dan menunjukkan perkembangan yang semakin baik dengan izin Allah SWT selepas mengikuti program kesihatan yang disarankan serta mengamalkan remedi khas yang diberikan.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan membuka ruang kepada lebih ramai orang untuk memahami penyakit skizofrenia dengan lebih baik.


jadi solusi untuk pejuang skizofrenia ini dari sudut perawatan kaedah dr mohd rosni tetap ada..



Perkongsian ini merupakan pengalaman individu berdasarkan maklumat yang diberikan oleh individu berkenaan. Pengalaman dan hasil boleh berbeza antara individu. Kandungan ini tidak seharusnya dianggap sebagai jaminan bahawa sesuatu produk atau protokol akan memberikan hasil yang sama kepada orang lain. Bagi individu yang mempunyai penyakit kronik, dapatkan penilaian dan nasihat daripada profesional kesihatan yang sesuai dan jangan menghentikan rawatan yang sedang diterima tanpa berbincang dengan mereka.

Bukan Sekadar Beli Remedi: Kenapa Maklum Balas Anda Sangat Penting Sepanjang Proses Bimbingan?

Kami memang nak bantu anda. Tetapi untuk kami membantu dengan sebaiknya, kami perlukan anda untuk berkongsi keadaan anda dengan kami. Apabil...

 
Damiafrotec HQ
Assalamualaikum 👋

Selamat datang ke laman web rasmi Damiafrotec.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai produk, protokol atau ingin mendapatkan konsultasi, sila klik butang di bawah.