🌿 Selamat Datang ke Damiafrotec

Terima kasih kerana mengunjungi laman web Damiafrotec. Kami berkongsi artikel pendidikan kesihatan, Pelbagai Protokol Dr Mohd Rosni yang bersesuaian dengan masalah kesihatan anda, testimoni pengguna serta maklumat berkaitan Homeonaturopati Prof Madya (B) Dr Mohd Rosni.

Semoga setiap perkongsian di laman ini memberi manfaat dan ibrah kepada anda dan keluarga.

πŸ’¬ Perlukan Konsultasi? WhatsApp Kami

Perubatan Homeonaturopati Prof Madya (B) Dr Mohd Rosni

Thursday, August 13, 2026

Protokol CKD Dr Mohd Rosni: Creatinine, eGFR & Urea: Apa Maksud Bacaan Dalam Kidney Function Test?

🩸 “SAYA RASA SIHAT… TAPI KENAPA BACaan BUAH PINGGANG SAYA TAK NORMAL?”


Ramai orang hanya mula mengambil serius tentang kesihatan buah pinggang selepas melihat keputusan ujian darah.

Sebelum itu?

Tak rasa sakit.
Tak rasa apa-apa yang pelik.
Masih boleh bekerja.
Masih boleh makan seperti biasa.

Sebab itu ada satu perkara yang sangat penting untuk kita faham:

BUAH PINGGANG PERLU DIPANTAU, BUKAN HANYA DITUNGGU SEHINGGA ADA GEJALA.

Salah satu cara doktor menilai fungsi buah pinggang ialah melalui Kidney Function Test (KFT) atau ujian fungsi buah pinggang.

Antara bacaan yang sering diberi perhatian ialah:

πŸ§ͺ Kreatinin – bahan buangan yang dihasilkan oleh aktiviti otot dan biasanya disingkirkan melalui buah pinggang.

πŸ§ͺ eGFR – anggaran kadar penapisan buah pinggang yang dikira berdasarkan beberapa faktor, termasuk bacaan kreatinin.

πŸ§ͺ Urea – satu lagi bahan buangan dalam darah yang boleh dinilai bersama parameter lain.

Tetapi jangan buat kesimpulan hanya berdasarkan satu angka.

Contohnya, apabila seseorang melihat:

“Kreatinin saya tinggi…”

atau

“eGFR saya turun…”

jangan terus panik.

Keputusan ujian perlu dilihat dalam konteks keseluruhan keadaan kesihatan dan, jika perlu, dibandingkan dengan keputusan terdahulu.

Sebab itulah ujian darah berkala sangat penting.

Bukan semata-mata untuk mencari penyakit.

Tetapi untuk:

✅ Mengetahui keadaan semasa
✅ Membandingkan perubahan dari masa ke masa
✅ Membincangkan keputusan bersama doktor
✅ Membantu membuat keputusan penjagaan kesihatan yang lebih tepat

❤️ JANGAN TUNGGU SAMPAI ADA MASALAH BARU NAK PERIKSA.

Kalau anda sudah lama tidak melakukan pemeriksaan kesihatan, mungkin sudah tiba masanya untuk mengetahui keadaan sebenar melalui ujian yang bersesuaian.

Dan sekiranya anda sedang mengamalkan sesuatu ikhtiar berkaitan penjagaan kesihatan, pemantauan melalui ujian darah tetap penting.

Jangan hanya bergantung kepada rasa badan.

RASA SIHAT tidak semestinya bermaksud semua bacaan darah berada dalam keadaan yang optimum.

πŸ“Œ Simpan keputusan ujian darah anda.
πŸ“Œ Bandingkan keputusan lama dan baharu.
πŸ“Œ Fahami apa maksud setiap bacaan.
πŸ“Œ Dapatkan nasihat profesional kesihatan apabila terdapat keputusan yang tidak normal.

Kenali bacaan anda. Fahami keadaan anda. Pantau kesihatan anda.

Kerana kadang-kadang, sehelai kertas keputusan darah boleh memberikan kita maklumat yang tidak dapat kita ketahui hanya dengan “rasa badan”.

Jom kita bedah satu persatu apa itu kreatinin, urea, egfr dan lain lain elemen dalam KIDNEY FUNCTION TEST

Kreatinin ialah bahan buangan daripada metabolisme otot yang sentiasa dihasilkan oleh tubuh. Buah pinggang yang berfungsi dengan baik akan menapis kreatinin daripada darah dan menyingkirkannya melalui air kencing. Oleh sebab itu, apabila fungsi penapisan buah pinggang menurun, paras kreatinin dalam darah boleh meningkat. 


eGFR ialah singkatan kepada estimated Glomerular Filtration Rate, dalam Bahasa Melayu boleh difahami sebagai anggaran kadar penapisan glomerulus.

Mudah cerita, eGFR ialah anggaran sejauh mana buah pinggang menapis darah dan membuang bahan buangan daripada badan.

🩸 Bagaimana eGFR berkait dengan kreatinin?
Dalam ujian darah, kreatinin sering digunakan bersama maklumat lain untuk mengira eGFR.

Secara umum:
Kreatinin meningkat → eGFR boleh menjadi lebih rendah

Tetapi bacaan kreatinin dan eGFR tidak boleh ditafsir secara berasingan kerana keputusan boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti umur, jantina, saiz badan dan keadaan kesihatan.

πŸ“Š Apa maksud nombor eGFR?

Secara umum, eGFR yang lebih tinggi menunjukkan fungsi penapisan buah pinggang yang lebih baik. Nilai yang semakin rendah boleh menunjukkan fungsi buah pinggang yang berkurangan.

Untuk CKD, doktor biasanya melihat trend bacaan dari masa ke masa, bukan hanya satu keputusan.
Contohnya:

eGFR 90 → 70 → 50 → 30

Perubahan sebegini perlu dinilai bersama sejarah kesihatan dan keputusan ujian lain.

Urea dalam Kidney Function Test ialah salah satu bahan yang diukur dalam darah untuk membantu menilai keadaan fungsi buah pinggang.

Mudah faham:
Protein daripada makanan → dipecahkan dalam badan → menghasilkan ammonia → ditukar kepada urea di hati → urea masuk ke dalam darah → buah pinggang menapis dan membuangnya melalui air kencing.

Jadi, apabila fungsi buah pinggang berkurangan, urea dalam darah boleh meningkat kerana badan kurang berkesan menyingkirkannya.

Tetapi urea tinggi tidak semestinya bermaksud buah pinggang rosak

Ini sangat penting. Bacaan urea boleh dipengaruhi oleh beberapa keadaan lain, antaranya:

πŸ’§ Kurang air dalam badan (dehidrasi)
πŸ– Pengambilan protein yang tinggi
πŸ’Š Sesetengah ubat
🩸 Pendarahan dalam saluran penghadaman
Keadaan tertentu yang menyebabkan peningkatan pemecahan protein

Sebab itu doktor biasanya tidak menilai urea secara bersendirian.

Urea biasanya dilihat bersama kreatinin, eGFR, elektrolit dan keputusan klinikal lain untuk mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh tentang keadaan pesakit.

Ringkasnya

Urea = salah satu bahan buangan dalam darah yang membantu doktor menilai keadaan badan dan fungsi buah pinggang.

⚠️ Penting: Satu bacaan eGFR yang rendah tidak semestinya bermaksud seseorang terus mengalami CKD. CKD biasanya memerlukan bukti kelainan fungsi atau struktur buah pinggang yang berterusan, lazimnya sekurang-kurangnya 3 bulan.

Namun, bacaan kreatinin perlu ditafsir bersama umur, jantina, jisim otot, keadaan kesihatan, ubat-ubatan dan faktor lain. Sebab itu doktor tidak melihat kreatinin semata-mata, tetapi turut melihat eGFR dan ujian air kencing seperti nisbah albumin-kreatinin untuk menilai kesihatan buah pinggang.

Fahamnya di sini apa? :

1. Kreatinin adalah sejenis bahan buangan terhasil daripada pemecahan fosfokreatin untuk hasilkan tenaga dalam otot otot badan kita

2. Semakin BANYAK PERGERAKAN ATAU AKTIVITI OTOT BADAN KITA, semakin TINGGI KREATININ akan dihasilkan dalam tubuh badan yang akhirnya berada dalam darah kita (bacaan kreatinin tinggi dalam darah)

3. SELAGI MANA BUAH PINGGANG BERFUNGSI DENGAN BAIK, SELAGI ITULAH KREATININ YANG TINGGI DALAM BADAN KITA BOLEH DIBUANG KELUAR

4. Bila berlaku KEGAGALAN BUAH PINGGANG MISALNYA DALAM PESAKIT CKD, kreatinin yang TINGGI telah GAGAL DITAPIS BUANG KE DALAM AIR KENCING /URIN

5. Dari sinilah bacaan KREATININ telah digunakan dalam pengiraan eGFR sebagai salah satu indikator utama kerosakan buah pinggang

6. Buah pinggang yang SIHAT atau semakin SIHAT (pesakit CKD), akan menunjukkan bacaan eGFR yang tinggi melebihi 90 atau bacaan yang semakin meningkat ke arah 90

7. Pesakit CKD yang ingin cepat pulih atau reverse MESTILAH mengurangkan seberapa banyak aktiviti pergerakan badan yang akan DAPAT MEMBANTU memperlahankan penghasilan KREATININ di dalam otot otot badan yang seterusnya merendahkan bacaan kreatinin darah dan dalam masa sama memberikan kurang bebanan kepada buah pinggang utk memproses dan menapis buang kreatinin yang sedia ada (tinggi) di dalam darah

Bukan Sekadar Beli Remedi: Kenapa Maklum Balas Anda Sangat Penting Sepanjang Proses Bimbingan?

Kami memang nak bantu anda. Tetapi untuk kami membantu dengan sebaiknya, kami perlukan anda untuk berkongsi keadaan anda dengan kami. Apabil...

 
Damiafrotec HQ
Assalamualaikum πŸ‘‹

Selamat datang ke laman web rasmi Damiafrotec.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai produk, protokol atau ingin mendapatkan konsultasi, sila klik butang di bawah.